Roti Jala Pelangi Lembut & Menarik
Resepi ni boleh dapat dalam 25 ke 30 gulung roti jala cukuplah untuk sarapan pagi pagi. Hehe. Yang penting resepi ni mudah je, hanya guna blender je. Pejam mata pun boleh blend. Kurang sikit basuh pinggan mangkuk. Hehe.
Bawah ni I sertakan resepi untuk korang try sendiri okay. Mesti orang teruja tengok roti jala pelangi korang! Selamat mencuba!
Bahan-bahan Roti Jala Pelangi Lembut & Menarik
Semua sukatan menggunakan sukatan cawan metrik dan bukannya cawan minum kopi hehe
- 3 cawan tepung gandum
- 4 cawan air
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar minyak masak
- Pewarna makanan (merah, jingga, kuning, hijau & biru)
Cara-cara membuat Roti Jala Pelangi
- Campurkan tepung, telur, garam di dalam blender.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit dan blend sehingga adunan menjadi likat dan boleh dikirai.
- Tapiskan adunan supaya lebih halus dan tiada ketulan yang besar. Nanti tersumbat lubang pengirai tak bestlah nak kirai :(
- Bahagikan kepada 5 bahagian dan warnakan guna pewarna makanan mengikut kesukaan.
- Masukkan adunan kedalam botol pengirai. I guna botol pengirai ni lebih mudah nak kawal dan boleh buat dengan lebih kemas. Hehe.
- Panaskan kuali dan gunakan sedikit minyak. Kalau kuali non-stick, tak payah minyak pun takpa.
- Kiraikan adunan tadi atas kuali dengan api kecil.
- Apabila nampak kekuningan dan kering sikit, boleh angkat dan gulung. Senang je!
Tips & Trick
- Mulakan dengan warna merah diikuti warna jingga, kuning, hijau dan biru akhirnya. Dengan cara ni, tak payah susah susah nak basuh botol pengirai tu bila nak tukar warna lain. Hanya masukkan adunan berwarna seterusnya dan goncang dalam botol sampai sebati warnanya.
- Kalau adunan terlalu cair, kiraian jadi keluar jadi dot dot, tambahkan sedikit tepung.
- Roti jala elok digulung serta merta agar tidak melekat dengan roti jala yang lain. Jadi, sementara nak tunggu roti jala seterusnya masak, gulung dulu roti jala yang telah dimasak.
Comments
Post a Comment